........................ aku terdiam di depan komputer. tiada idea. tadi sebelum buke blog, macam-macam yang nak dicerita. kini tiada apa.
Aku mulakan dengan kerja. Wow. Shock aku! Setelah di audit oleh Awi, mak datuk, banyak cekadak pulak lagi yang kene tambah, aku ingatkan part aku sikit je, padahal banyak gila. Tambah plak assistant yang tak dapat nk tolong langsung. eeeiiii...geram! Kalaulah aku ada kuasa veto ke, kuasa pape ke, aku akan buat dia jadi macam robot, ikut je arahan aku, apa yang aku suruh buat. Aku taulah aku ni muda dari dia, tapi ape salahnya tolong aku sikit. Sah2 aku dengan dia satu department. Menyampah betul! Aku akan make sure esok semuanya akan berjalan lancar. Aku akan pastikan semuanya akan siap by tommorow! Aku pasti boleh! Hidup Nurul...ooo yeahhh.!
Kesihatan. Agak baik. Tiada sebarang tanda-tanda mahu demam. Syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan aku kesihatan yang baik. Thanks Allah! Nak dijadikan cerita, pagi tadi, seperti biase, aku rush nk g keje (setiap hari lambat, nama je HR). Lambat-lambat pun aku still sempat agi nak beli nasik lemak makcik yang pedas kuasa 14 tu. Aku pun turun dari kereta dengan menutup pintu kereta,mata aku terpandang pada sebuah kereta yang lalu kat jalan raya tu, kawan aku rupenya,Lina nak Peugeot color biru aku pun koya-koya tutup pintu kereta tanpa menyedari tangan aku tersepit pada pintu kereta. Pergh..still control ayu,sakitnye sampai sekarang terase. Sakit jugak,tapi seperti biase,aku ni kan pain tolerate..! hehehe...kebal.
Paling best skali yang aku nk cerite pasal kisah cinta aku. Sadis sungguh. Kenapa dia buat aku sampai macam tu? Aku sangat pelik dengan dia ni. Kenapa aku rasa macam duduk dalam penjara. Hari ini dia kata aku penipu sebab tak bgtau lokasi sebenar. Masa dia call, aku de[an Xaigon, tapi aku bgtau aku kat simpang bukit kuang,dekat dengan susur jambatan,tapi aku panik, aku sebenarnya tak tahu lokasi sebenar. Padahal Xaigon dengan susur bukit kuang tak sampai 50meter. Jalan kaki adalah dalam 30langkah. Perghhh....aku letih betul nak mengamuk2 tak tentu pasal ni. Lantaklah. Aku tak tipu, tapi aku ni bukan ahli kaji bumi ke, kaji cuaca ke,yang boleh bgtau tepat2 lokasi aku. Then, dia tak bagi aku guna henfon sebab takut aku sms or call orang lain. Aku tidak dibenarkan berkawan,even dengan perempuan pun tak boleh juga! Gila! Kalau ke kedai makan or restoren,aku jugak tidak dibenarkan memandang sekeliling, hanya boleh tunduk je tengok makanan,kalau aku terpandang kat sapa-sapa, alamatnya pecah ar henfon lepas ni kalau aku tak pandai pujuk or ambik hati. Aku jugak tidak dibenarkan balik melebihi pukul 5petang dari ofis. Aku kalau pukul 5 tu, siap shut down kemas semua barang. Then, setiap malam aku kene call dia guna telefon rumah sekurang-kurangnya 2 kali,to make sure yang aku berada kat rumah masa tu. Aku tidak dibenarkan memakai pakaian lain selain baju kurung ke ofis. Tapi nak cepat, aku redah je seluar pun. Aku berani bet RM100 kalau sapa-sapa boleh tahan dengan perangai dia melainkan aku. Aku berani bertaruh kalau ada wanita lain boleh tahan dengan perangai panas baran dan cemburu buta dia ni. So,kalau ada sapa-sapa yang nak kat pakwe aku, aku berani bertaruh, seminggu je,then aku berani kerat jari, pakwe aku aku akan balik pada aku. Sebab aku sorang je tahan dan faham dengan perangai dia. Hanya aku. Tak ada sorang pun yang kat luar sana akan faham perangai pakwe aku melainkan aku. Semua tentang dia,ada dalam poket aku. HAHAHAHAHA...
Ok, I promise, I will stay in tune with you guys..
Kenapa diriku d persalahkan
14 years ago



0 comments:
Post a Comment