"Wei,kau yang rampas dia dari aku!"
Tersentap. Terkedu. Terdiam. Mengigil. Nafas menjadi sesak.
Ya Allah, apakah dugaan yang bakal aku terima lagi ni? Seorang perempuan yang mengaku dia gf kepada bf aku mengaku akan bertunang bulan depan. Dia warning aku supaya jangan ganggu hubungan dia dengan bf aku,iaitu juga bf dia. Aku wondering je, masa bila bf aku pegi jumpa dia, bf aku 24jam dengan aku. Boleh dikatakan juga,bf aku bersms juga bertelefon dengan dia,tapi untuk ape. Aku tidak mengerti apa lagi yang dia cari dalam hubungan. Apa lagi yang kurang dari aku. Ya Rabbi. Apsal fanatik sangat perempuan ni? Ala, bf aku tu bukan celebrity pun. Hensem tu sikit2 je, duit tu nak kata tak ada, adalah jugak,tapi kadang2 tak berapa nk ada jugak. Aku tersentap mendengar suara keras perempuan tu. Aku cuma tak sangka, dalam diam-diam mungkin dia orang ada hubungan istimewa. Aku hanya boleh sabar dengan dugaan ni. Aku tahu, Allah turunkan segala dugaan dan ujian hanya untuk aku lebih matang dalam menempuh hari-hari yang bakal mendatang. Allah hanya akan menurunkan dugaan kepada hambaNya yang mampu menanggung segala ujianNya.
Walau camana sekali pun, aku hanya tunggu dan lihat. Menipu kalau aku katakan aku tidak menitiskan airmata. Airmata aku bukan kerana aku seorang perempuan lemah,tapi aku hanya sedih kerana hubungan aku sudah dicalari kecurangan. Aku hanya mampu berdoa agar semua ni berakhir.
Mungkin dia hanya pinjaman seketika dari Allah untuk hidup aku. Setiap manusia akan mati. Jika matilah seorang hamba Allah di muka bumi, tiada lagi yang tersisa, aku tahu hanya cinta kepada Allah kekal abadi.
Betapa hati aku sakit. Terlalu. Sejak itu, selalu dihantui rasa curiga,padahal sebelum ni, aku tak penah rasa curiga ngan dia. Sebelum ni, dia yang banyak awasi aku. Dia yang banyak curiga pada aku.
Bodoh kalau aku katakan yang aku perlu melepaskan dia hanya untuk perempuan yang tak tahu asal usul datangnya dari mana. Aku bukan kanak-kanak yang menangis bila tidak dibeli gula-gula. Aku sudah dewasa,setiap keputusan yang aku buat perlu difikir semasak-masaknya. Mungkin ini dugaan dalam bercinta,yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Ya Allah, aku terima segalanya dari Mu. Aku bersyukur hanya ini yang Kau turunkan, bukan yang lagi dahsyat dari ini.
Bodoh juga kalau aku katakan yang aku perlu berebut seorang lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Apa kata kali ini, aku hanya biarkan dia memilih. Dia berhak memilih yang terbaik untuk dia. Aku hanya mampu tersenyum kalau dia memilih perempuan tu.
Lepas ini, aku juga perlu memikirkan tentang diri aku.
*perempuan tu sudah ada anak. Demmit. Ape kelas berebut dengan mak janda!
Ya Allah, sekarang ini, jam ini, tiba-tiba aku berasa lega, kembali tenang. Tak tahu kenapa. Sungguh,aku tenang. Kerana aku tahu, Allah sentiasa bersama aku. :)



0 comments:
Post a Comment