Wednesday, April 13, 2011

Kisah hidup hari Rabu.

........................ aku terdiam di depan komputer. tiada idea. tadi sebelum buke blog, macam-macam yang nak dicerita. kini tiada apa.


Aku mulakan dengan kerja. Wow. Shock aku! Setelah di audit oleh Awi, mak datuk, banyak cekadak pulak lagi yang kene tambah, aku ingatkan part aku sikit je, padahal banyak gila. Tambah plak assistant yang tak dapat nk tolong langsung. eeeiiii...geram! Kalaulah aku ada kuasa veto ke, kuasa pape ke, aku akan buat dia jadi macam robot, ikut je arahan aku, apa yang aku suruh buat. Aku taulah aku ni muda dari dia, tapi ape salahnya tolong aku sikit. Sah2 aku dengan dia satu department. Menyampah betul! Aku akan make sure esok semuanya akan berjalan lancar. Aku akan pastikan semuanya akan siap by tommorow! Aku pasti boleh! Hidup Nurul...ooo yeahhh.!


Kesihatan. Agak baik. Tiada sebarang tanda-tanda mahu demam. Syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan aku kesihatan yang baik. Thanks Allah! Nak dijadikan cerita, pagi tadi, seperti biase, aku rush nk g keje (setiap hari lambat, nama je HR). Lambat-lambat pun aku still sempat agi nak beli nasik lemak makcik yang pedas kuasa 14 tu. Aku pun turun dari kereta dengan menutup pintu kereta,mata aku terpandang pada sebuah kereta yang lalu kat jalan raya tu, kawan aku rupenya,Lina nak Peugeot color biru  aku pun koya-koya tutup pintu kereta tanpa menyedari tangan aku tersepit pada pintu kereta. Pergh..still control ayu,sakitnye sampai sekarang terase. Sakit jugak,tapi seperti biase,aku ni kan pain tolerate..! hehehe...kebal. 


Paling best skali yang aku nk cerite pasal kisah cinta aku. Sadis sungguh. Kenapa dia buat aku sampai macam tu? Aku sangat pelik dengan dia ni. Kenapa aku rasa macam duduk dalam penjara. Hari ini dia kata aku penipu sebab tak bgtau lokasi sebenar. Masa dia call, aku de[an Xaigon, tapi aku bgtau aku kat simpang bukit kuang,dekat dengan susur jambatan,tapi aku panik, aku sebenarnya tak tahu lokasi sebenar. Padahal Xaigon dengan susur bukit kuang tak sampai 50meter. Jalan kaki adalah dalam 30langkah. Perghhh....aku letih betul nak mengamuk2 tak tentu pasal ni. Lantaklah. Aku tak tipu, tapi aku ni bukan ahli kaji bumi ke, kaji cuaca ke,yang boleh bgtau tepat2 lokasi aku. Then, dia tak bagi aku guna henfon sebab takut aku sms or call orang lain. Aku tidak dibenarkan berkawan,even dengan perempuan pun tak boleh juga! Gila! Kalau ke kedai makan or restoren,aku jugak tidak dibenarkan memandang sekeliling, hanya boleh tunduk je tengok makanan,kalau aku terpandang kat sapa-sapa, alamatnya pecah ar henfon lepas ni kalau aku tak pandai pujuk or ambik hati. Aku jugak tidak dibenarkan balik melebihi pukul 5petang dari ofis. Aku kalau pukul 5 tu, siap shut down kemas semua barang. Then, setiap malam aku kene call dia guna telefon rumah sekurang-kurangnya 2 kali,to make sure yang aku berada kat rumah masa tu. Aku tidak dibenarkan memakai pakaian lain selain baju kurung ke ofis. Tapi nak cepat, aku redah je seluar pun. Aku berani bet RM100 kalau sapa-sapa boleh tahan dengan perangai dia melainkan aku. Aku berani bertaruh kalau ada wanita lain boleh tahan dengan perangai panas baran dan cemburu buta dia ni. So,kalau ada sapa-sapa yang nak kat pakwe aku, aku berani bertaruh, seminggu je,then aku berani kerat jari, pakwe aku aku akan balik pada aku. Sebab aku sorang je tahan dan faham dengan perangai dia. Hanya aku. Tak ada sorang pun yang kat luar sana akan faham perangai pakwe aku melainkan aku. Semua tentang dia,ada dalam poket aku. HAHAHAHAHA... 


Ok, I promise, I will stay in tune with you guys..

Friday, April 1, 2011

Money

Yes,absolutely! Money can bring happiness in relationship. I did not stated to anyone else,but, myself. Lets us think and imagine love relationship without money, someone always fight for the money. Its a liar when a relationship always peace and happy without money. Come on guys,do not pick the sumone who do you love and will love you without money. 




I'm not believing on luck. Im not believing on happy ending. But I do believe money can bring happiness.


Love;
:)XOXO 

Now, I'm left With Colorless Rainbow.

"Wei,kau yang rampas dia dari aku!"

Tersentap. Terkedu. Terdiam. Mengigil. Nafas menjadi sesak.

Ya Allah, apakah dugaan yang bakal aku terima lagi ni? Seorang perempuan yang mengaku dia gf kepada bf aku mengaku akan bertunang bulan depan. Dia warning aku supaya jangan ganggu hubungan dia dengan bf aku,iaitu juga bf dia. Aku wondering je, masa bila bf aku pegi jumpa dia, bf aku 24jam dengan aku. Boleh dikatakan juga,bf aku bersms juga bertelefon dengan dia,tapi untuk ape. Aku tidak mengerti apa lagi yang dia cari dalam hubungan. Apa lagi yang kurang dari aku. Ya Rabbi. Apsal fanatik sangat perempuan ni? Ala, bf aku tu bukan celebrity pun. Hensem tu sikit2 je, duit tu nak kata tak ada, adalah jugak,tapi kadang2 tak berapa nk ada jugak. Aku tersentap mendengar suara keras perempuan tu. Aku cuma tak sangka, dalam diam-diam mungkin dia orang ada hubungan istimewa. Aku hanya boleh sabar dengan dugaan ni. Aku tahu, Allah turunkan segala dugaan dan ujian hanya untuk aku lebih matang dalam menempuh hari-hari yang bakal mendatang. Allah hanya akan menurunkan dugaan kepada hambaNya yang mampu menanggung segala ujianNya.

Walau camana sekali pun, aku hanya tunggu dan lihat. Menipu kalau aku katakan aku tidak menitiskan airmata. Airmata aku bukan kerana aku seorang perempuan lemah,tapi aku hanya sedih kerana hubungan aku sudah dicalari kecurangan. Aku hanya mampu berdoa agar semua ni berakhir. 

Mungkin dia hanya pinjaman seketika dari Allah untuk hidup aku. Setiap manusia akan mati. Jika matilah seorang hamba Allah di muka bumi, tiada lagi yang tersisa, aku tahu hanya cinta kepada Allah kekal abadi. 

Betapa hati aku sakit. Terlalu. Sejak itu, selalu dihantui rasa curiga,padahal sebelum ni, aku tak penah rasa curiga ngan dia. Sebelum ni, dia yang banyak awasi aku. Dia yang banyak curiga pada aku.

Bodoh kalau aku katakan yang aku perlu melepaskan dia hanya untuk perempuan yang tak tahu asal usul datangnya dari mana. Aku bukan kanak-kanak yang menangis bila tidak dibeli gula-gula. Aku sudah dewasa,setiap keputusan yang aku buat perlu difikir semasak-masaknya. Mungkin ini dugaan dalam bercinta,yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Ya Allah, aku terima segalanya dari Mu. Aku bersyukur hanya ini yang Kau turunkan, bukan yang lagi dahsyat dari ini. 

Bodoh juga kalau aku katakan yang aku perlu berebut seorang lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Apa kata kali ini, aku hanya biarkan dia memilih. Dia berhak memilih yang terbaik untuk dia. Aku hanya mampu tersenyum kalau dia memilih perempuan tu.
Lepas ini, aku juga perlu memikirkan tentang diri aku. 

*perempuan tu sudah ada anak. Demmit. Ape kelas berebut dengan mak janda! 

Ya Allah, sekarang ini, jam ini, tiba-tiba aku berasa lega, kembali tenang. Tak tahu kenapa. Sungguh,aku tenang. Kerana aku tahu, Allah sentiasa bersama aku. :)