Jumaat,penghulu segala hari. Aku bersyukur masih bernafas di jumaat ini, siapa tahu, jumaat kedepan2 aku sudah tidak dapat melihat dunia, Nauzubillah. Di hening sejuk pagi,aku dikejutkan dengan deringan telefon,mencapai telefon murah,ahh..? "Kak Melor"? Mahu apa dia di hari jumaat? Erm, segan aku nak angkat, suara serak2 basah sebab belum bangun. Aku hanya menunggu sehingga deringan itu terdiam sendiri. Tibe2, bunyi msg. "CIDB gagal,kene apply lain". Demmit! Bersusah payah aku siapkan file sebanyak tu, sekali gagal? Aku membalas, "apa yg kene kita buat?"...Sunyi beberapa puluh minit,kembali bunyi msg. "kene hantar salinan certificate engineer" Ahh...Ok. Sebentar kemudian, deringan lagi dari Kak Melor. "kak nk masuk ofis, nk cari certificate engineer" "ok,saya akan menyusul akak kemudian".
Dengan kemalasan mengeliat,aku mencapai tuala. Bersiap2 sederhana,hanya memakai cardigan dan berlagak biase, aku masuk KSB jugak di hari minggu. Betapa aku seorang bekerjaya.
Selesai semua,aku pulang rumah. Mencapai penyapu dan mengangkat besen segunung kain.
Tapi,ada satu kejutan yang aku sungguh tak sangka2. Dia. Ah! Asyik2 dia. Semua sudah bosan kalau sebut pasal dia.
Ya Allah, jika benar aku bersalah, Kau ampunkan aku.
Jika benar aku tersilap, Kau tunjukkanlah aku jalan yang benar dan diredhaiMu.
Aku sedih. Marah. Sesak. Sebak.
1 comments:
hari demi hari...
detik demi detik...hihihi.
InsyaAllah banyak lagi jumaat kn bersua dgn mu...
Aminnn
Post a Comment