WorkDisini aku ingin bkongsi apa yg aku rasa tentang ZMEC...
Setiap daripada kita berbeza..
Setiap dari kita punya perangai dan tingkah yang tidak sama..
Bak kata orang dulu-dulu,rambut sama hitam, hati lain-lain...
Kadang-kadang disebalik ketidaksempurnaan terselit juga keutuhan sesame kita,
Kadang-kadang disebalik perselisihan, terpamer juga keakraban..
Tetapi mungkin ini hanya tersirat di mata aku, tapi disebaliknya,
hanya Maha Kuasa yang Maha Mengetahui.
ZMEC yang penuh warna-warni kehidupan yang mungkin aku baru tahu erti kehidupan sebenar.
Kadang-kadang aku amat mengagumi setiap orang diantara kamu-kamu..
Aku mulakan dengan Pengarah Urusan..
Hj. Zul~ Seorang yang sempoi,bersahaja tetapi sangat tegas dalam soal kerja. Rendah diri juga. Dalam IC je agak berusia,tetapi masih hensem bergaya dan mempunyai stail yang tersendiri. Trend baru di butik Timberland,pasti menjadi koleksinya. Sangat prihatin terhadap anak buahnya. Terima kasih kerana menjaga perut-perut kami di ZMEC. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami-kami untuk melakukan tugas-tugas seharian kami. Kekadang aku terfikir sejenak,adakah dia ni tidak pernah kenal erti penat lelah? Seorang yang sangat menjaga hati setiap dari anak buahnya. Mesti sangat susah kan menjaga hati setiap orang?
Kak Melor~Kak adalah benteng kami. Sentiasa cantik.Always look younger than your age! Kak banyak membantu saya dalam tugas seharian. Kak juga seorang pengarah urusan yang sangat sempoi. Kelakar juga. Terima kasih kerana banyak membantu selama saya dia ZMEC. Aku tersenyum tatkala terkenangkan kisah aku ditemuduga di bawah pokok bersama Kodeen. Terima kasih kerana mengambil saya bekerja. Sesungguhnya jasa kak saya akan kenang sampai ke akhirnya.
Yatie~ Orangnya putih melepak bak cina. Tegas adalah dirinya,garang sudah semestinya. Kau umpama ibu kami di ZMEC. Kau juga menjadi tempat rujukan kami. Kamu staff yang paling lama di ZMEC. Kamu umpama guru kami yang sentiasa memberi tunjuk ajar tanpa meminta balasan. Kaktie, terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan selama ini. Jasamu hanya Allah saja dapat membalasnya.
Farah~Orang yang sangat manis,petah berbicara. Hobinya menyanyi. Seorang yang sangat rajin bekerja. Kak nurul akan pastikan awak akan naik gaji nanti. InsyaAllah. Kak nurul rasa, kalau kamu tidak ditakdirkan menjadi kerani akaun, sudah pasti kamu akan menjadi pelakon atau penyanyi. Kamu amat berbakat syg.. Terima kasih juga kepada kamu kerana melancarkan kerja-kerja kami seharian.
Gee~.....bagi aku dia ni Miss Perfect. Umpama jelmaan bidadari dari jannah,kamu sangat cantik di mata kami-kami di ZMEC. Seorang yang manja, tetapi sangat rajin juga bekerja. Seorang yang selalu mengimpikan kesempurnaan bagi aku. Walaupun kamu muda kamu sgt matured dia mata aku. Semoga berjaya dalam impian kamu dear!
Azwan~ Kamu umpama penasihat rasmi kami dia ZMEC, tempat rujukan kami adalah kamu.Jaguh berbicara sudah tentu milik dia. Pandai bergaya,juga seluruh ahli keluarganya,tidak hairanlah jika dia dinobatkan sebagai keluarga hebat sempena hari keluarga tahun lepas. Kamu mmg pandai menjaga hati-hati setiap dari kami di ZMEC. Bagi aku,kamu sgt baik,lembut sebagai seorang lelaki. Terima kasih untuk ucapan kamu setiap pagi, setiap pagi Ahad terutamanya. Setiap dari cerita-cerita agak memualkan bagi sesiapa yang tidak mengenalinya, tetapi bagi kami-kami ini, sudah menjadi bahan gurauan. Terima kasih kerana menasihati kami-kami yang agak degil, setiap dari apa yang kamu lakukan, pasti ada imbuhan yang terbaik dari yang Esa.
Khairi~ Sekali pandang chinese look, dari tutur katanya, seperti Sabahan. Itu adalah first impression aku waktu kali pertama menjejakkan kaki di ZMEC. Kamu seusia aku, kamu sgt matured di mata aku. Kamu seorang yang tegas berbicara. Sesuai dengan tanggungjawab yang diberikan. Kamu sgt berbakat menjadi seorang pemimpin. Mungkin tanpa kamu, nasib-nasib setiap dari pekerja bawah tidak terbela, terima kasih juga atas kerjasama yang sudah kamu berikan kepada department aku. Aku tahu, walaupun sgt keras,aku percaya masih ada kebaikkan di hati kamu.
Azmi Ripin~Sepertinya kamu banayak rahsia. Seorang yang bersistematik di ZMEC. Kamu tidak mengira dalam bekerja. Terima kasih kerana memberi aku tunjuk ajar aku apa yang patut. Aku pegang kata-kata kamu, untuk berjaya kita memerlukan pengorbanan. Semoga berjaya dan sukses selalu mie! Aku percaya kamu akan berjaya suatu hari nanti.
Zaibidi~Seorang yg sgt kelakar.. kadang-kadang kamu bagaikan badut comel di pejabat.. menghiburkan hati smua org..Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kamu semestinya lucu bagi kami-kami. Terima kasih atas urusan logistik yang lancar.
Eja~ Aku hampir terlupa tentang kamu. Kamu umpama adik kami di ZMEC. Usiamu tidak langsung mengambarkan keanak-anakan kamu. Kamu sentisa matured dan bergaya dengan kelasmu yang tersendiri dan setiasa nampak comel. Setiap yang kamu gayakan always look stunning syg! :) Kak nurul doakankan semoga kamu berbahagiakan sampai ke jinjang pelamin bersama Jimmy!
Mida~Manis,manja.Walaupun tidak sampai sebulan mengenalimu, aku percaya kamu seorang yang tulus. Masih tidak terlewat untuk kak nurul mengucapkan selamat datang kepada kamu. Semoga berjaya disini ye darling!
Izham~Sinis.Kadang-kadang manja. Main-main.Hidup untuk diri sendiri. Kamu sudah semestinya berpendirian sendiri. Aku respect kamu,kamu mmg tidak pernah peduli pada kata-kata orang lain.Itu kata-kata yang aku dapat gambarkan dari pandangan seorang ofismate bukan dari pandangan seorang yang istimewa..Masih punya kebaikkan yang tidak dapat orang lain nilai dalam dirinya. Bercita-cita menjadi bos, semoga berjaya syg!
Azam~Straight,tegas,garang bagi anak buahnya, Blasting Painting Supervisor cum Businessman sepenuh masa. Aku tidak terlalu mengenali kamu,tetapi dari pandangan aku, kamu seorang yang bercita-cita tinggi. Harapan aku semoga kamu berjaya dengan apa yang kamu impikan. Setiap apa yang kamu cakap,kadang-kadang boleh diguna pakai juga.
Nurul~*hanya ZMEC yang mengenali aku*